Autophagy

yang bermain di benakku

Cinta di ..

Komen anda »

Layar perak kita. Sepanjang masa ada cerita cinta. Setiap kali keluar sebuah wayang cinta, berpusu-pusu bangsa kita pergi menonton, yang tak lama kemudian keluar panggung dengan mata merah menyala. Aku memang teringin juga nak menonton cerita bergenre cinta ini di pawagam. Aku memang tak nafikan filem komedi romantik memang menarik untuk ditonton, bahkan aku sendiri suka ajak orang pergi tengok cerita macam ni. Malangnya, tak ada dalam lingkungan rakan-rakan aku yang suka. Ataupun, mungkin mereka suka dikenali sebagai ‘pembenci cerita cinta’.

Sudahkan cerita pasal filem komedi romantik.

Aku tak rasa aku merupakan seorang pengkritik seni filem yang baik, sebab itu aku tak pernah menulis tentang filem yang aku tonton. Dan aku tak rasa terpanggil pun nak bercerita. Bagi aku, setiap karya ada kualiti. Yang paling aku minat, ialah cerita aksi yang ada banyak unsur-unsur penyiasatan. Tapi kata orang, kalau lama-lama muak juga. Itu lah tercetusnya idea untuk kiriman kali ini.

Cerita arena persilatan Melayu kita. Aku teringin sekali nak lihat satu filem pasal silat sahaja, kalau boleh perinciannya cukup untuk membuatkan darah aku yang mengalir ini berderau. Dulu zaman aku kecik-kecik, memang drama di RTM banyak pasal jagoan silat. Dan dari situ juga menyebabkan minat aku kepada seni beladiri ini mendalam. Tetapi paling terakhir ada cerita pasal silat, tak salah aku cerita Puteri Gunung Ledang sahaja, yang ada sikit sangat adegan lawan-lawan. Tak berapa lama sebelum itu, filem animasi Silat Lagenda keluar.

Mari panggil semua celik pandai industri perfileman kita. Lakarkan satu cerita. Biarkan gempak sehingga ke 7 benua. Mesti boleh buat hati terbuai, lena, dalam asyiknya adegan kilasan buku lima. Aku rasa aku ni dah sering sangat tengok cerita lawan-lawan dari Barat, Jepun dan Cina. Mereka buat cerita tentang seni mempertahankan diri mereka. Apa kurangnya silat kita. Cikgu silat aku cakap, tak perlu mendabik dada. Tapi aku cakap apa salahnya kalau kita buat untuk menarik minat orang kita pada seni kita. Biar mak bapak zaman sekarang terapkan pada anak-anak mereka yang silat itu milik kita.

Sekejap aku terkedu. Rasa macam aktivis silat pulak aku. Tak mengapa, aku cuma nak tekankan pada semua, apa silat kita ini laku di kenduri kahwin sahaja?

Written by syarat

Julai 24, 2008 pada 2:07 am

Dikirim dalam Blog

Tagged with ,

Tinggalkan jawapan