Komputer Ergonomik
Tajuk kiriman hari ini ditujukan khas untuk keluarga Abg Zul dan Kak iLa. Mungkin juga berguna untuk sesiapa yang sudi membaca.
Perancangan membeli sesebuah komputer. Ramai antara kalangan kawan-kawan aku yang sanggup berbelanja besar apabila membeli komputer, terutama mereka yang sangat berminat untuk bermain komputer dalam jangkamasa yang lama. Golongan ni lebih menitikberatkan aspek kad grafik, memori dan pemproses. Sedar tak sedar, mereka sebenarnya membelanjakan terlampau banyak duit poket mereka, dan dalam masa yang sama mereka telah berjimat dalam aspek-aspek ergonomik semasa menggunakan komputer.
Komputer ergonomik. Sesuatu yang aku sangat idam-idamkan, namun konsep komputer ini tak berapa jelas di kalangan remaja. Tapi untuk komputer peribadi di rumah, terutama sekali bagi mereka yang menggunakan komputer secara asas, (email,blog,video,lagu,paperwork) aku dapat rasakan konsep ini yang paling menarik. Penjimatan ruang adalah satu faktor utama yang mencetuskan komputer ergonomik ini. Jadi mari tengok satu sampel komputer ergonomik yang terbaik- Apple iXXX. Apa sahaja dari Apple memang bagus. Tetapi sangatlah mahal. Kalau sesiapa yang mampu membeli komputer Apple, abaikan sahaja kiriman aku kali ini.
Bermula dengan pemilihan kad ibu(motherboard). Pilih sahaja dari mana-mana platform baik AMD ataupun Intel. Seterusnya, beralih kepada pemproses pilihan. Kalau dari AMD, cadangan aku ambil AMD Athlon X2 4000+. Cukup untuk sebarang kerja. Untuk Intel pula, pilih pemproses dari keluarga Core2Duo yang paling murah(aku tak update sangat, maaf!). Kemudian untuk cakera keras, cadangan minimum ialah 320GB. Memori, 2GB dari sebarang jenama. Sila pastikan kesemua di atas tidak melebihi separuh dari bajet anda, ataupun paling mahal rm700.
Penting untuk keselesaan mata memandang, satu monitor 17inci sehingga 22inci bergantung kepada kesesuaian bajet. Tetapi harus diingat semakin besar monitor anda, semakin mahal kad grafik anda. Ini adalah untuk menjamin kelancaran pemprosen grafik komputer itu sendiri. Contoh mudah, kalau anda memilih untuk membeli monitor 22inci dan mempunyai fizik lebar, resolusi maksimum yang anda akan gunakan ialah (alamak aku pun tak pasti la) 1600×1200 kot? Jadi kad grafik yang minima ialah nVidia 9600 atau Ati HD3870 yang boleh menanggung beban resolusi tinggi itu.
Akhir sekali, dan yang terpenting sekali dalam pembinaan komputer ergonomik ini, ialah papan kekunci dan tetikus tanpa wayar(Microsoft atau Logitech) untuk kebebasan yang mutlak. Apa salahnya berbelanja lebih untuk satu kepuasan menaip tugasan kerja tanpa dihadkan oleh wayar yang boleh buat serabut. Sebelum itu, cari satu casing komputer yang kecil, murah dan ada PSU siap(ambil kira faktor ruang). Setakat nak hidupkan PC beberapa jam sehari, PSU murah tu mampu bertahan. Apapun, ambil perhatian kepada kad grafik pilihan anda juga, kerana kad grafik yang gempak memang penghisap kuasa yang sejati.
Lain-lain barang seperti pemacu dan penulis DVD, speaker dsb adalah mengikut kesedapan poket dan naluri masing-masing. Untuk komputer seperti di atas jaminan aku, walaupun pasang Windows Vista Ultimate dengan segala macam perisian tambahan, masih tiada masalah. Menonton video dengan skrin penuh tanpa sebarang lag, dan boleh juga main permainan terbaru dengan setting yang sederhana (dah cukup dah). Semua sekali, pastikan jangan melebihi rm1400. Kalau nak juga berbelanja lagi, sila cari kerusi dan meja komputer yang baik. Jika masih ada lagi baki untuk dibelanjakan , pergi beli pengurut kaki yang murah.
Selesai. Sebarang komen adalah dialu-alukan. Sila ambil perhatian bahawa pos ini disasarkan secara am, walaupun ditujukan kepada abg ipar dan kakak aku. Tak perlu dibahaskan itu atau ini yang lebih baik secara detail.





[...] Cafe pilihan kami”. Itu kata Rosyam Nor dan Mawi. Berikutan kiriman aku yang lalu mengenai komputer ergonomik, hanafee komplen pasal info yang sangat sedikit tentang ergonomik, dan lebih kepada spesifikasi [...]
Panduan Keselesaan « Autophagy
Julai 10, 2008 at 3:36 am
emm,,, aq mau tanya nih?bgaimana cranya mencari leceensie untuk software2 yang kita cari agar tetap ada.
trim’s
Marwandi
Ogos 3, 2009 at 10:05 am