Autophagy

yang bermain di benakku

Archive for Julai 2008

MAS vs Che : inilah barisan kita

with 2 comments

kepada semua peminat bolasepak tanah air. marilah bersama-sama memeriahkan stadium Shah Alam dengan warna hitam belang kuning malam ni pukul 2045. Aku datang awal sikit, nak carik parking free. Siapa tahu kan, esok parking dalam kene bayar berapa. Nak pakai baju biru? tak ada masalah. Inikan negara demokrasi. hahahaha. Lantaklah korang. Kalau kene caci dengan penyokong-penyokong fanatik Malaysia, jangan melawan pulak. Tadahlah telinga.

Inilah barisan pemain kita yang selama ini aku cari tak jumpa. Baca baki entri ini »

Written by syarat

Julai 29, 2008 at 5:28 am

Dikirim dalam bolasepak

Tagged with ,

Marah Sangat?

without comments

Apa yang ada pada marah itu, sampaikan boleh kita permainkan sesuatu? Sesuatu itu yang nyata asing buat kamu, layakkah kamu?

Jelas sekali semua orang marah harga minyak naik. Tapi kemana marah itu terarah, ke arah kebaikan atau kemudaratan? Lantang sangat bersuara, seolah-olah nak tunjuk kat orang kononnya diri sendiri ada kuasa. Kuasa dari pembaca. Sedarlah hai bloggers semua. Walaupun semua orang baca, walaupun seluruh Malaysia ni baca, tidak semua berpandangan sama. Malah makin ramai yang memendam rasa.

Muzakarah itu mulia. Tapi aku tak rasa zakar itu sesuatu yang sama. Aku belajar Bahasa Arab sampai tingkatan lima. Tapi sekarang, mata sepet seperti dia yang lebih petah berbicara. Siapa dia? Layakkah dia?

Macam yang pernah aku khabarkan, lepas minyak naik ramai orang sibuk nak belajar tekan-tekan. Tekan-tekan kekunci di papan. Nah, dah siap sahaja satu karangan, lantas kau terbitkan. Karangan untuk meluahkan semua kemarahan. Hari ini kau main satu perkataan, esok lusa pasti kau pusing lagi sana sini.

Mungkin ada benarnya tulisanmu itu, mungkin juga ramai yang ambil tahu. Tapi habiskan cukup setakat itu. Tak perlu ada tajuk kiriman dengan carutan. Kelak maruah diri yang kita gadaikan.

Written by syarat

Julai 29, 2008 at 4:38 am

Dikirim dalam Blog

MAS vs Che : petikan akhbar

without comments

“Sathianathan bagaimanapun belum dapat memutuskan kesebelasan utama yang bakal diturunkannya esok.Namun, untuk mencari gol, beliau mempertaruhkan kepada empat pemain iaitu Hairuddin Omar, Safee Sali, Nizaruddin Yusof dan Mohd. Zaquan Adha Razak.”

Itu kata Santhianathan. Aku tak pasti sejauh mana pengalaman daripada Hairuddin Omar dan Nizaruddin Yusof berguna untuk perlawanan menentang satu gergasi bolasepak. Aku rasa kita ada seorang pemain yang cukup baik, dan mungkin juga aku berani kata paling menyerlah sekarang ini, iaitu Khyril Muhymeen. Sekurang-kurangnya aku bangga kita ada dia, walaupun aku tak minat Kedah. Esok dah nak lawan, tapi sampai masa sekarang ni, masih lagi ragu-ragu nak letak siapa di posisi mana.

Written by syarat

Julai 28, 2008 at 4:40 pm

Dikirim dalam bolasepak

Tagged with

Cinta di ..

without comments

Layar perak kita. Sepanjang masa ada cerita cinta. Setiap kali keluar sebuah wayang cinta, berpusu-pusu bangsa kita pergi menonton, yang tak lama kemudian keluar panggung dengan mata merah menyala. Aku memang teringin juga nak menonton cerita bergenre cinta ini di pawagam. Aku memang tak nafikan filem komedi romantik memang menarik untuk ditonton, bahkan aku sendiri suka ajak orang pergi tengok cerita macam ni. Malangnya, tak ada dalam lingkungan rakan-rakan aku yang suka. Ataupun, mungkin mereka suka dikenali sebagai ‘pembenci cerita cinta’.

Sudahkan cerita pasal filem komedi romantik. Baca baki entri ini »

Written by syarat

Julai 24, 2008 at 2:07 am

Dikirim dalam Blog

Tagged with ,