Autophagy

yang bermain di benakku

Biostar T550

leave a comment »

Biostar T550, setelah 3 tahun aku pakai tak pernah sekali dia meragam. Agak sukar untuk aku menafikan keupayaan papan induk yang pertama aku pakai untuk platform AM2. Dari sini titik mula aku menimba ilmu tentang selok belok komputer. Bukan aku nak puji sangat biostar ni, tapi dari segi harga semasa aku beli dahulu dengan harga sekarang, memang jauh berbeza. Jenama biostar ni dah menjadi kegilaan ramai overclockers yang bajet duit.

Apa yang bagus tentang papan induk ini? Cakap puji pun tak seronok juga, jadi aku tak perlu lagi nak tulis panjang-panjang pasal kelebihan papan induk ni. Semua kelebihannya dah banyak dibicarakan dalam forum-forum untuk 2 tahun kebelakangan. Dan untuk mengetahui lebih lanjut, pergi sahaja lihat di laman web Biostar.

Mari aku terangkan pula tentang sedikit kelemahan papan induk ini. Lebih bias kepada apa yang aku tak berapa berkenan dengan model ni. Yang pertama, lampu penanda di bahagian bawah. LED merah tu sebenarnya untuk menunjukkan kalau-kalau ada masalah teknikal cth:- RAM, HDD dan sebagainya. Bagus sebenarnya. Tapi aku tak suka sebab dia dah set kan untuk menyala kalau tiada masalah. A Sepatutnya, kalau tiada masalah, biar tak menyala kan lagi elok. Punca utama aku tak suka, kerana LED yang menyala ini macam satu ganguan warna untuk seluruh sistem aku. Aku ada Zalman 9500CNPS yang mempunyai LED biru. Jadi, korang faham-faham sendirilah kenapa aku tak suka LED merah yang kat bawah tu. Penyelesaian mudah. Aku beli pita hitam untuk pendawaian elektrik, untuk tutup LED tu.

Seterusnya, memang aku akui, T550 senang untuk overclock. Apa itu overclock? Susah la nak cari terma Bahasa Melayu. Ok. Semuanya mudah, sehingga mencapai HTT (atau lebih dikenali FSB) 280, makin susah untuk aku naik lebih tinggi. Tak stabil lagi papan induk ini. Keseluruhannya, masih besar juga peningkatan yang aku dapat. Tak salah aku,pencapaian terakhir aku dengan papan ni, 2.82GHz oleh AMD Athlon XP2000+ yang pada asalnya hanya 2.0GHz.

Akhir sekali, aku nak komen pasal susun atur chipset NB. Sangat rapat dengan kad grafik, sampai tak ada langsung kipas atau heatsink dari jenama kualiti macam Zalman dan Noctua pun tak boleh muat. Yang boleh muat, hanya kipas murah harga belas-belas ringgit, yang entah boleh tahan berapalama. Cadangan, tukar la rekabentuk blok heatsink tu kepada yang tak perlukan kipas. Senang, kipas yang asal tu pun tak berapa bagus.

Papan induk ni pun dah tiada di pasaran kalau tengok kat senarai harga. Tapi mungkin ada lagi di kedai-kedai yang suka simpan stok lama. Akhir kata, aku nak ucapkan juga terima kasih kepada Biostar T550 yang banyak berjasa kepada aku.

Written by syarat

Jun 29, 2008 pada 5:34 pm

Dikirim dalam Computer, reviu

Tinggalkan jawapan