Autophagy

yang bermain di benakku

June Round up

leave a comment »

Fuh, penghujung bulan 6 untuk tahun yang ketiga aku berada di UKM. Memang sepatutnya aku dah habiskan pengajian. Tapi tak ada rezeki, tambah lagi dengan usaha aku yang tak seberapa ni, terpaksa aku sambung pengajian aku sampai hujung tahun. Sejenak aku terdiam, bila aku terima surat dari PTPTN mintak aku jelaskan hutang sebab dia ingat aku dah habiskan pengajian. Tak lama lepas tu, JPA selaku penaja biasiswa aku, mintak aku laporkan diri sebab mereka pun membayangkan aku dah habis belajar.

‘Cukup-cukup makan’ kata orang Melayu. Tapi aku pun tak berapa nak faham aku ni cukup-cukup makan, atau aku ni cukup tak makan. PNGK pun bawah par. Duit pun, lebih guna untuk isi minyak sahaja. Makan aku sedikit sangat. Yuran pengajian untuk semester pendek pun aku tak dapat nk selesaikan lagi buat masa sekarang. Tunggulah bantuan dari mana-mana untuk itu.Sekarang, masalah utama ialah tempat tinggal, dan urusan ke DUTA an aku di UKM ni. Mungkin sedikit masa lagi aku akan cuba menulis tentang DUTA dan kehidupan bersama ahli-ahlinya yang sering bersama aku sepanjang masa aku di kampus tercinta ini.

Masih belum siap lagi lukisan yang Fuad suruh aku habiskan. Sikit lagi. Euro Final malam esok, cerita Itali kalah. Cerita panjang. Lainkali.

Written by syarat

Jun 28, 2008 pada 6:50 pm

Dikirim dalam Blog

Tinggalkan jawapan