Jun 19
Antara tengahari yang paling penting dalam hidup aku, apabila aku berjaya bersuara dengan Dr Amir tentang kerja untuk projek sains aku. Sambil makan nasik lemak diiringi air milo kotak bersama-sama, kami berborak panjang. Walaupun tak panjang macam rancangan tv, tapi pada aku masa seorang pensyarah itu sangat bernilai. 20min aku berborak dengan dia. Dia pun macam dah faham beban yang aku tanggung, lantas dia mencadangkan aku untuk buat projek baru. Pasal Rhodococcus jugak, tetapi melibatkan pencirian bakteria itu sahaja. Dan lebih spesifik lagi, pendegradasian nitrile oleh Rhodococcus.
Oh. Sekarang patut aku kena mengulangkaji subjek hubungan insan. Hari Isnin ada peperiksaan. Sekejap lagi lah. Ada satu lagi tugasan untuk subjek kritikan seni tampak. Aku dikehendaki melukis; bertemakan flora dan fauna dan kemudian memberi kritikan terhadap lukisan itu sendiri. Makan bersama Meor sekejap tadi. Dia pun ada kerja yang perlu diselesaikan.
Selangor berjaya melangkah ke Perlawanan Akhir Piala FA 2008. Mereka akan bertemu dengan Kedah nanti di Stadium Bukit Jalil.










gud luck dude!
jarri
Jun 21, 2008 at 1:07 pm
aha..next post ko post ko mkn dgn aku lak..kayh? ahaks
s.h.a.m
Jun 22, 2008 at 7:11 am
salah stadium. Stadium bukit jalil tu tengah dalam proses penyelenggaraan. Aku baru tau last minit dorang buat dekat Stadium Shah Alam.
syarat
Jun 22, 2008 at 12:05 pm