Folding @ Home
Dah setahun aku menggunakan Windows Vista. Dalam tempoh setahun lebih ni jugak aku tak terlibat dalam projek Folding@Home. Mulanya dahulu aku memang berminat, selepas aku beli AMD Athlon Brisbane aku dan kebetulan meletusnya budaya SMP (Symmetric Multi Processing) di kalangan ‘folders‘. Tapi aku dah pening kepala susah sangat nak install. Dah la susah, aku pun jenis malas nak bertanya.
Perisian melipat ini mengkaji kebarangkalian perlipatan protein untuk tujuan perubatan. Seperti yang rakan-rakan satu kuliah aku sedia faham, perlipatan protein berlaku untuk membenarkan fungsi-fungsi spesifik. Perlipatan ini bukan berlaku secara rawak, tetapi dibantu oleh protein chaperon. Dan perisian Folding@Home ini meramal kebarangkalian algorithma setiap perlipatan yang membentuk protein berfungsi itu.
Algorithma ini boleh dilakukan oleh superkomputer, tetapi idea pengkomputeran teredar lebih menjimatkan kos dan diramal dapat menjangkau lebih produktiviti. Pengkomputeran teredar yang diamalkan ialah dengan menghantar sedikit tugasan algorithma untuk dikira oleh setiap komputer yang terlibat dan dipulangkan ke pelayan untuk dianalisa setelah tugasan itu disiapkan. Hasilnya? Pengkomputeran teredar ini berjaya menyiapkan tugasan yang dijangka siap seawal 2010 pada tahun 1997. Dari situ, dunia perkomputeran teredar semakin berkembang.
Aku mula terlibat dalam dunia lipatan ini sejak 2005, dan aku berhenti pada 2007. Sekarang aku dah mula WU pertama aku selepas setahun. Dah 20% siap. Tak sabar nak melihat statistik aku naik kembali.
Maklumat lanjut boleh didapati di sini.









