Autophagy

yang bermain di benakku

subsidi minyak kita

with 2 comments

hanya untuk kita. dah lama kita berlembut dengan warga Singapura sampaikan pulau Batu Putih yang kita ada, dah jadi milik mereka. Tapi buat apa ditangisi pemergian itu, semuanya dah terlewat. Tak tahu diuntung. Aku setuju dengan larangan menjual petrol dan diesel yang akan berkuatkuasa hujung minggu ni. Menurut larangan itu, semua stesen minyak dalam lingkungan 30km-50km dari sempadan Singapura dan Thailand tidak dibenarkan menjual petrol dan diesel subsidi kepada warga Singapura dan warga Thailand.

Orang Thailand cukup suka betul nak seludup barang dari Malaysia. Agak-agaknya kalau selipar Jepun tu boleh bawak untung, itupun diorang nak seludup. Celaka. Orang Singapura datang sini buat kepala, pandu kereta sport laju-laju. Mentang-mentang minyak kat sini murah. Itu subsidi untuk rakyat Malaysia lah. Itu cukai mak bapak aku. Mak bapak kawan-kawan aku. Senang-senang kau kaut.

Lepas ni, kalau boleh kita pinda semula harga air yang kita jual ke Singapura. Naikkan pada harga yang sepatutnya. Dan, lagi baik kalau lepas ni nak beli minyak kat sini, ikut harga kat negara kau. Baik Singapura atau Thailand. Aku tak kisah kalau nak kena tunjuk kad pengenalan kat stesen minyak setiap kali buat pembayaran.

Apa nak takut kalau orang Singapura tak nak datang sini. Banyak lagi pelancong dari negara lain.

Berita dari Utusan.

Written by syarat

Mei 27, 2008 pada 2:26 pm

Dikirim dalam Blog

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. aku mahu royalti minyak terengganu dipulangkan. hem.
    lagi, aku setuju ko cakap, kalau orang singapore dan thai nak isi minyak kena ikut harga market diorang. tapi susah nak buat tu.

    weh. aku juga hidup dalam kebosanan. kalau mahu, boleh cuba ajak aku keluar. cuba lah. kalau aku mahu.

    jarri

    Mei 28, 2008 at 1:26 pm

  2. kat sini memang kena komen dalam bm ke??? ok ok aku cuba…

    aku setuju ko cakap begitu… duit mak bapak aku.. duit mak bapak ko… duit mak bapak sham… duit mak bapak keng… duit mak bapa meor… duit unggapa yindividu woohoooo!!!!!!

    Napek

    Mei 30, 2008 at 5:55 pm


Tinggalkan jawapan