Autophagy

yang bermain di benakku

Archive for Mei 2008

subsidi minyak kita

with 2 comments

hanya untuk kita. dah lama kita berlembut dengan warga Singapura sampaikan pulau Batu Putih yang kita ada, dah jadi milik mereka. Tapi buat apa ditangisi pemergian itu, semuanya dah terlewat. Tak tahu diuntung. Aku setuju dengan larangan menjual petrol dan diesel yang akan berkuatkuasa hujung minggu ni. Menurut larangan itu, semua stesen minyak dalam lingkungan 30km-50km dari sempadan Singapura dan Thailand tidak dibenarkan menjual petrol dan diesel subsidi kepada warga Singapura dan warga Thailand.

Orang Thailand cukup suka betul nak seludup barang dari Malaysia. Agak-agaknya kalau selipar Jepun tu boleh bawak untung, itupun diorang nak seludup. Celaka. Orang Singapura datang sini buat kepala, pandu kereta sport laju-laju. Mentang-mentang minyak kat sini murah. Itu subsidi untuk rakyat Malaysia lah. Itu cukai mak bapak aku. Mak bapak kawan-kawan aku. Senang-senang kau kaut.

Lepas ni, kalau boleh kita pinda semula harga air yang kita jual ke Singapura. Naikkan pada harga yang sepatutnya. Dan, lagi baik kalau lepas ni nak beli minyak kat sini, ikut harga kat negara kau. Baik Singapura atau Thailand. Aku tak kisah kalau nak kena tunjuk kad pengenalan kat stesen minyak setiap kali buat pembayaran.

Apa nak takut kalau orang Singapura tak nak datang sini. Banyak lagi pelancong dari negara lain.

Berita dari Utusan.

Written by syarat

Mei 27, 2008 at 2:26 pm

Dikirim dalam Blog

bosan

with 2 comments

petang sabtu aku pergi ke Times Square untuk mengutip kembali Acer Aspire 4520 yang aku hantar minggu lepas. Aku ajak la sham ikut sama-sama aku memandangkan hari sabtu mesti jalan sesak dan aku tak suka kebuntuan seorang diri dalam kereta. Tup-tup dia dah keluar dulu. Dia kata kejap sahaja dan aku pun tak berapa ambil kisah sangat. Masa masih panjang lagi. Lagipun dah lama dia tak keluar dengan perempuannya.

Lama aku tunggu, aku keluar UKM dan terus pergi isi minyak, cek tekanan angin tayar dan apa yang patut, lantas aku menghala ke mapley. Aku tunggu dia disitu sampai lewat senja dan terus pergi ke Times Square.

Aku tak memandu laju dan ditambah dengan trafik sesak, aku sangkut lebih setengah jam di Jalan Hang Tuah. Syukur aku sampai kedai Highpoint masih belum tutup. Lagi 5 minit. Dah dapat laptop tu, aku pergi teman sham dia kata nak pergi cari bateri untuk telefon dia. Keroncong perut, kami pergi makan di Mc Donalds dan aku beli Megamac. (Big Mac edisi terhad)

Sakit tak tahu nak cakap waktu aku makan. Ulser yang masih sakit bila terkena garam dari kentang menyucuk-nyucuk. Tapi lama kelamaan sakit tu yang aku suka. Makin banyak pula kentang aku cucuh kat ulser.

Wah. penat la bercerita camni. Tak seronok pulak rasanya. Macamana ada orang boleh menulis benda- benda yang sepatutnya diceritakan secara percakapan? Diorang tak jemu menulis ke? Macam tak berapa sesuai untuk menggunakan medium blog dalam menerangkan benda-benda remeh seperti ini.

Sebenarnya, aku nak tulis pasal aku dah berjaya format laptop tu dengan Windows XP yang aku download tu, dan ternyata tiada perisian yang dijanjikan. Marah betul. Sekarang aku sibuk nak kena muat turun driver untuk Acer Aspire 4520.

Written by syarat

Mei 27, 2008 at 1:06 am

Dikirim dalam Blog, Computer

Windows XP Pro Service Pack 3 Black Edition

without comments

aku dah muat turun dua minggu lepas. aku cari sebab cd windows aku dekat rumah hanyalah XP yang tiada SP1 pun, menyebabkan komputer aku dirumah tak boleh guna USB 2.0 dan sangatlah lembab nak transfer file dari mana-mana peranti. Nanti ada masa aku install.

kepada sesiapa yang berminat, boleh lah datang ambil dari aku. tolong bawak cd-r kosong ataupun pendrive sendiri. aku hanya ada ISO. jadi kalau nak guna nak tak nak kene burn dulu baru boleh autorun dalam PC korang.

Written by syarat

Mei 25, 2008 at 12:16 pm

Dikirim dalam Computer

Tagged with

terbaik, terbanyak

with 2 comments

Mungkin aku terlambat sedikit untuk mengarang tentang kelab yang paling aku minat. Juventus. Dua tahun tanpa aksi di Eropah menyebabkan rasa sugul aku sepanjang kempen Liga Juara-Juara UEFA . Walaupun impak yang ditunjukkan oleh kelab gergasi dari Itali ini tidaklah seberapa, tapi seingat aku perlawanan yang paling tak dapat dilupakan pernah aku tonton ; Juventus dan Real Madrid di tahun 2002 masih segar dalam ingatan. Fuh.

Hanya selepas itu, prestasi semakin kelam, dan lebih memburukkan apabila dilucutkan dua kejuaraan liga pada musim ‘04-’05 dan ‘05-’06. Tak cukup dengan itu, Juventus diturunkan ke Serie B sedangkan musuh agung, A.C Milan yang sama bersalah dalam kes mengatur perlawanan masih di Serie A. Menang Liga Juara-Juara pulak tu. Terubat juga rasa hati sebab tahun 2006, Italy menjuarai Piala Dunia. Tambah lagi satu bintang pada lencana Azzurri.

Seterusnya, kalau dah jatuh memang nak tak nak kena bermula dari bawah. Tambahan lagi, Juventus terpaksa melepaskan pemain pemain bintang ke luar atas pelbagai alasan, terutama klausa dalam kontrak dan keinginan untuk bermain di peringkat tertinggi.

Masih setia bersama Alex, Trez, Nedved, Camoranesi dan yang terbaik di dunia – Gianluigi Buffon. Bangkit dari bawah. Menjuarai Serie B dengan bantuan Didier Deschamps, ketua jurulatih AS Monaco sebelum itu ( die pemain juventus di satu masa dahulu) dan terus meletak jawatan apabila tugasnya selesai di Serie B.

Tahun ini, Juventus memberi impak yang sangat besar dalam bolasepak Serie A. Walaupun gagal menjuarai liga, tapi kelab gergasi lain seperti Inter Milan, AS Roma, dan A.C Milan tunduk kepada Juventus. Berada di tangga ketiga liga, peluang untuk masuk ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah sudah terbuka.

Dan gambar di sebelah ini adalah pemain yang paling berpengaruh dalam Juventus tak lain tak bukan, Alessandro Del Piero ‘Alex‘ menjadi penjaring terbanyak dalam Serie A. Berusia menjangkaui 30 tahun dan masih lagi bermain dengan kelincahan yang sedikit kurang berbanding di usia muda, tetapi pemikiran seorang penyerang yang matang. Tidak perlu lagi rembatan kencang sepanjang masa, kerana ada cara lain lagi untuk mencipta jaringan.

Tahun ni, kedua-dua finalis adalah dari liga Inggeris yang aku tonton dalam pecah. Mereka bawa pulang piala itu. Tahun depan, sasaran utama Juventus adalah Liga Juara-Juara. Dan jika ada rezeki mereka, mereka akan bawa pulang juga piala itu. Melengkapkan trilogi sebuah kisah yang sedih – jatuh dan bangun dan terus menang.

Written by syarat

Mei 24, 2008 at 4:14 pm

Dikirim dalam Blog

Tagged with , ,