Autophagy

yang bermain di benakku

Little Dot Micro+

leave a comment »

 


Gambar dari mingo-hmw.net

Lama jugak aku belek-belek komputer aku nak cari gambar Little Dot Micro. Jumpa tapi kebanyakannya bercampur ada berpasangan dengan Koss KSC75. Nak buat sesi tangkap gambar, bateri kamera plak tak cas lagi. Kamera Kodak aku tu kalau bateri tak penuh takkan hidup. Finepix pula ada dekat rumah.

Reviu

Berdimensi 78mm X 52mm X 20mm, merupakan sebuah amplifier untuk fon kepala. Amplifier mini ini bertujuan mengamplifikasikan bunyi-bunyi dari sumber audio berkepala 3.5mm dan dioutputkan dengan kepala 3.5mm juga. Lazimnya untuk sebuah “head-amp” saiz adalah besar dan jarang digunakan di luar. Jadi, kepada pemilik pemain mp3, Little Dot Micro+ dengan saiz yang boleh kata kecil la jugak menawarkan ciri kompak untuk amplifikasi yang serba sederhana pada hari-hari biasa ( naik LRT, bas, tunggu pesanan di mamak ).

Oh, dan bila bercakap tentang fon kepala, sila bezakan dengan fon telinga. Fon kepala, berbeza jelas dari saiz hingga julat frekuensi dengan fon telinga. Aku tak pasti apa yang akan berlaku pada fon telinga kalau audio diamplifikasikan. Besar kemungkinan pecah, atau tiada apa-apa yang akan berlaku. Selamat, baik jangan cucuk.

Tak ingat pula dari mana Little Dot Micro+ (LDM+) dikeluarkan. Kalau tak salah dari China. Banyak yang boleh dijangka kalau kita sebut barang China ni, terutama dari segi kualiti dan ketahanan barang. Aluminium hitam yang menjadi pilihan aku ni, agak kukuh dan disebabkan kelalaian aku, telah memberi kesan calar pada mp3 aku. Sepanjang setahun aku pakai, setakat ni tak ada masalah. Bateri pun aku tak pernah cas walau sekali pun. (?) Pelik juga sebenarnya. Sebab dalam kotak waktu aku beli tu, ada pengecas. Dan kalau dirujuk kepada reviu yang lain, LDM+ memang tahan sehingga lebih 100jam pengamplifikasian. Spesifikasi bateri pun hanyalah 3.7V. Tapi aku hanya pernah guna Sony NWA1000 dan dipasangkan dengan Koss KSC75, tak banyak pengamplifikasian yang berlaku, jadi bateri tak habis-habis.

Penilaian kualiti bunyi yang aku boleh beri, sederhana dan tak segempak mana. Biasalah, amplifier kompak nak diharapkan apa sangat. Aku dah jarang guna LDM+ aku sejak aku beralih kepada Mylarone Xbi. Tadi aku baru dengar semula. Track 12 dari Album Untukmu Selamanya bertajuk Cinta Dalam Hati, kemudian dituruti dengan beberapa track dari album Black Holes & Revelation. Kagum juga aku dengan amplifier ni. Boleh menajamkan sedikit bunyi yang tinggi macam solo-solo efek gitar Matt, tak lupa juga bunyi-bunyi keyboard yang sayup-sayup dalam beberapa lagu. Terbuai dengan alunan audio, aku tergerak hati nak menulis reviu pasal LDM+. (terima kasih kapten pinjamkan mp3 player)

Walaupun aku memberi penilaian yang sederhana untuk LDM+, tapi aku rasa semua orang patut cuba dengar dahulu. Sebenarnya LDM+ dah banyak memuaskan hati pemiliknya, cuma banyak yang sanggup berbelanja lebih untuk “head-amp” yang lebih sedap. Sebelum terlupa, satu soalan yang bagus terdetik dalam hati aku. “Sebenarnya siapa yang perlukan amplifier ni?” Senang cakap, pemilik pemain mp3 macam ipod dan ada fon kepala tapi bunyi macam nak tak nak keluar, walaupun dah max volume. Selalunya ini berpunca daripada pemain mp3 yang tak mampu nak menampung jumlah rintangan minimum daripada fon kepala. Produksi bunyi jadi kelam. “Head-amp” mungkin jawapan yang terbaik untuk itu.

Oh, akhir sekali harga. “Undisclosed”. Waktu aku beli dulu, campur dengan cukai sikit sebab sangkut kat kastam. Aku tak pasti ada atau tak kedai yang jual. Dulu aku pesan dekat dalam forum. Dalam RM1++. Kalau dapat harga yang lebih murah, aku cadangkan beli.

Written by syarat

April 25, 2008 pada 12:14 pm

Dikirim dalam reviu

Tinggalkan jawapan