Crossroad Mylarone XBi


ringan, lasak, berkuasa dan yang paling utama, berpatutan.
mungkin fon telinga adalah benda yang paling tak diambil endah oleh kebanyakan penggunanya di negara ini. Selalunya orang kita akan suka beli pemain mp3/mp4 dan gunakan fon telinga yang disertakan bersama. juga masih sama dengan pembeli walkman phone. Fon telinga yang ada fleks kedap sudah cukup baik bagi mereka untuk mengisolasikan bunyi bising. Dan aku tak katakan itu tidak salah, maklumlah citarasa masing-masing.
Tapi bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih baik, aku cadangkan fon telinga ini untuk semua.Ini adalah yang terbaik bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan dunia audiophile. Memang kalau nak dibandingkan harga dengan beberapa jenama lain, harga Mylarone ni agak murah namun, jangan beranggapan yang murah itu tiada kualiti. Tegasan aku, fon telinga ni bukan yang terbaik, tetapi mampu untuk memuaskan hati semua pengguna tahap awal (entry-level).
Pandangan aku.
Aku dapat rasakan kesan bass yang lebih walaupun pada volume yang perlahan. Lagu-lagu yang aku suka dengar, mungkin tak berapa jelas efek bass, dan untuk tujuan reviu ini, aku terpaksa menadah telinga mendengar lagu justin timberlake dan akon. Perbandingan yang aku buat, mudah. Mula-mula aku pasang sony ex71 aku lepas tu aku dengar la balik pakai crossroad mylarone XBi. Ulang selama 3 kali..Bass dalam Ex71 jelas, ada sedikit ketajaman yang melampau pada fleks menyebabkan gegendang aku denyut-denyut. Aku kene ubah volume sampai 20 sebelum aku mendapat bass yang sesuai untuk di bandingkan. Berbeza pula untuk Crossroad Mylarone XBi, benci untuk aku katakan, aku hanya perlu volume 12-14 untuk pengisyaratan bass yang lebih baik dari sony ex71 tadi, dan yang penting, bassnya tidak menyucuk gegendang.
Kualiti pementasan bunyi, reviu yang aku boleh berikan selepas beberapa kali mendengar Jordan Rudess dan Paul Gilbert, rasa seperti bunyi gitar yang dipaparkan depan mata dan skaling piano juga mantap didengar. Itu lagu yang boleh kira tinggi kualiti (384kbps). Aku cuba dengan kualiti radio menggunakan member sebilik aku punya sony. Ok, aku dapat rasakan bunyi-bunyi filler(solo gitar, tamborin dalam nasyid, angklung dsb) menarik! sebelum ini detail seperti ini kita tak dapat dengar. Kan selalu aku kalau dengar radio, sampai lagu yang aku suka, melalak aku, tapi waktu aku nak wat reviu ni, aku terdiam. terpana.
Dari segi fizikalnya, aku tak rasa crossroad mylarone cukup teguh untuk penggunaan yang kerap. Walaupun aku cakap macam ni, tapi setakat aku dan member sebilik aku pakai, masalah bunyi terputus sebab kabel (selalu terjadi kalau suka gulung-gulung kabel) belum lagi terjadi.
Untuk RM170, aku pasti ramai yang akan menaikkan kening, terutama pada pengguna baru mp3. untuk yang berminat dan ada sedikit bajet, bolehla cuba carik kat mana-mana kedai audio. lagi bagus kalau kedai jual tu ada tempat untuk cuba dengar sebelum beli. Sekian, dan selamat berhibur.










koss da tak best.
just dropping to tell how badly ur missed. gaaa.. letakla shoutbox. it’ll b easier.
Zakiah Saliman
Februari 29, 2008 at 8:02 am