sikap pemandu
gambar hiasan
apalah salahnya kalau kita beratur. aku akui di Kuala Lumpur ini penuh dengan tol. harga tol pon melambung-lambung sepanjang dekad ni. memikirkan itu sahaja dah menyebabkan aku marah. tapi tak cukup dengan itu, masih ramai lagi pemandu yang mementingkan diri sendiri.
peristiwa jadi semalam bila aku dah hampir tiba di tShah Alam untuk menyaksikan perlawanan Selangor menentang Perak. aku dah lambat. pulak ada yang nak pancung barisan tol depan aku. aku tak bagi. tapi dua kereta depan aku bagi. tiada sebarang penghargaan. melihatkan satu kereta lepas, pengikut bertambah. berjela-jela orang nak potong barisan. ini sudah lemak. kalau aku keluar maki, rasional aku menghalang, takut timbul isu perkauman pulak. aku main-main hon dan lampu, untuk mendapatkan sokongan orang dibelakang. ternyata ada yang setuju dengan aku. akhirnya pengikut-pengikut mazhab baru tadi mengalah, dan masuk ke dalam barisan semula.
tak salah nak memotong kalau perlu, tak perlu buat muka selamba dan macam tak bersalah. kalau nak cepat sangat, lain kali beli smart tag dan pastikan ada kredit seribu sepanjang masa.
Sekian.
Pandu cermat, jiwa selamat. Bertimbang rasalah, jalan raya milik bersama.





aku sokong din..dh la pasal setan jln raye tu aku lambat masuk stadium..rugi la duit tiket aku kuar..lambat bape nminit pun kira rugi la..aku rase polis kene de kat semua plaza tol bagi memendung setan ni..beli la smart tag..
kokon
Februari 6, 2008 at 11:15 am
huhu~
smart tag…hohO~
Muhamad Azmi
Februari 9, 2008 at 11:10 pm