Enermax Tomahawk 500W
Liberty DXX
Macam mana aku boleh beli
Aik? Kan dah lama aku punya PSU cair??? Duit dah masuk. Apa lagi tunggu, terus merayap la. Nama enermax bukan lagi biasa di telinga aku. aku memang dah lama sasarkan enermax FMA 460W. semalam aku pergi lowyat, semua kedai cakap dah habis. susah sangat. aku pun naik la ke gedung besar kat atas tu. aku tengok satu-persatu PSU. Aku terpikat dengan Tomahawk ni. Sebabnya, sepanjang aku perasan, kat website tiada langsung model ni. Dengan harga RM299, aku pun terus beli. Sesampai di kaunter, aku di tanya produk ni ada promosi, kalau tambah lagi 99, akan dapat pendrive 1G. Aku pun tanya ” Macam bukan promosi je 99?” dan “99 sen.” jawab cashier tu. Aku pun tambah la, kasi cukup RM300. Puas hati, aku pulang.
Reviu
Gambar yang dikepilkan tu, bukan lah Tomahawk 500. Seperti yang aku beritahu mula tadi, aku tak jumpa gambarnya. Dan aku ambil la Liberty DXX sebagai PSU yang hampir serupa buat tatapan. Beza dari segi fizikalnya, kabel tomahawk bukan semua yang disalutkan. Hanya kabel induk ATX sahaja. Tapi itu sudah mencukupi bagi aku. Semua output yang lain seperti PCIE, 12V teras(2), 12V Molex (5), FDD (1) dan SATA (6!!) tak disalut.
500W.Dari segi prestasi, aku belum boleh puji. Setakat ini selepas 48jam aku hidupkan PC aku, memuaskan dari segi kesenyapan dan kestabilan. Untuk tambahan, PSU ini tidak panas. Selepas aku overclock nanti aku akan update dari segi prestasi.











kalau pasang kt pc rumah,boleh la adek tgk korean drama tanpa henti.ahihihihi….
syah
Januari 26, 2008 at 11:41 am
betul ke tak jam panas ni..jangan tengah men PES hang pulak..hehe
kokon
Januari 27, 2008 at 8:44 am
uih. masuk JPA terus gi loyatt. chaitt, farid cakap ko sampai tak nampak dia kat loyat tu. ralit cari barang.
uih. nanti aku datang sedut-menyedut lagi.
jarri
Januari 27, 2008 at 6:09 pm
@jarri
aku sempat bertegur dengan farid waktu tu.
@kokon
betul x hang, tak percaya jom la cuba
@syah
kat rumah kene berhenti, kalau tak bil elektrik melambung.
syarat
Januari 29, 2008 at 7:48 pm
[...] pantas-enermax tomahawk 500w antara tulisan aku yang banyak mendapat perhatian ialah enermax tomahawk 500w. Dalam entri yang sama aku ada ceritakan tentang kebolehan kotak unit kuasa ini untuk tujuan [...]
tulisan pantas-enermax tomahawk 500w « Autophagy
Disember 26, 2008 at 8:06 pm
http://syarat.wordpress.com/2008/12/26/tulisan-pantas-enermax-tomahawk-500w/
syarat
Disember 26, 2008 at 8:09 pm