Archive for Januari 2008
loji
kelas amali agak janggal untuk pelajar tahun akhir. maklumlah hampir semua dah ada makmal sendiri, terperap kat dalam tu sampai nak bersama ramai-ramai pun dah susah. tapi hari ni, sebilangan daripada geng mikrobs aku yang ambil subjek mikrobiologi persekitaran dibawa menghirup udara segar loji kumbahan. Loji tak la jauh mana, ada la jalan kaki boleh sampai dari UKM. Tapi yang tak tahan, bau waktu kitorang mula-mula masuk tu la. Lepas dah serasi dengan lubang hidung, bau yang semerbak tu dah tak dipeduli. Lagipun matahari kian membakar kulit kitorang, nak tak nak tugasan yang diberikan disegerakan jugak.
Lepas siap kerja kat loji, kami semua berduyun-duyun keluar dan masing-masing menghala ke makmal. Ini yang paling aku rindu. Haha, ayat macam gadis. Tapi ini benar, buat seketika aku rasa diri ni macam pelajar tahun satu yang sentiasa ada lab manual, dan buat kerja ramai-ramai. Seronok. Hahahahaha. Nak ditambah lagi, Datin Dr. siap marah-marah, menambahkan rasa muda aku. Bahagia aku. Sedetik kemudian, teringat bebanan tesis. Ah, kacau betul.
Lepas dah habis kerja, aku keng gen padel main teka-teki. Perut lapar, rancang nak pergi pekena cendol. tapi apakan daya, hujan turun mencurah-curah. Tukar arah ke McDonald. Aik? Senang hati je tukar rancangan. Wah, lapang betul. Aku rasa hari yang macam ni, susah untuk dapat pada tahun akhir. Terima kasih kawan-kawan. Walaupun tak ramai, tapi aku dapat menyelami perasaan muda dan bebas (young and free) yang agak sukar untuk aku kecapi buat masakini.
Enermax Tomahawk 500W
Liberty DXX
Macam mana aku boleh beli
Aik? Kan dah lama aku punya PSU cair??? Duit dah masuk. Apa lagi tunggu, terus merayap la. Nama enermax bukan lagi biasa di telinga aku. aku memang dah lama sasarkan enermax FMA 460W. semalam aku pergi lowyat, semua kedai cakap dah habis. susah sangat. aku pun naik la ke gedung besar kat atas tu. aku tengok satu-persatu PSU. Aku terpikat dengan Tomahawk ni. Sebabnya, sepanjang aku perasan, kat website tiada langsung model ni. Dengan harga RM299, aku pun terus beli. Sesampai di kaunter, aku di tanya produk ni ada promosi, kalau tambah lagi 99, akan dapat pendrive 1G. Aku pun tanya ” Macam bukan promosi je 99?” dan “99 sen.” jawab cashier tu. Aku pun tambah la, kasi cukup RM300. Puas hati, aku pulang.
Reviu
Gambar yang dikepilkan tu, bukan lah Tomahawk 500. Seperti yang aku beritahu mula tadi, aku tak jumpa gambarnya. Dan aku ambil la Liberty DXX sebagai PSU yang hampir serupa buat tatapan. Beza dari segi fizikalnya, kabel tomahawk bukan semua yang disalutkan. Hanya kabel induk ATX sahaja. Tapi itu sudah mencukupi bagi aku. Semua output yang lain seperti PCIE, 12V teras(2), 12V Molex (5), FDD (1) dan SATA (6!!) tak disalut.
500W.Dari segi prestasi, aku belum boleh puji. Setakat ini selepas 48jam aku hidupkan PC aku, memuaskan dari segi kesenyapan dan kestabilan. Untuk tambahan, PSU ini tidak panas. Selepas aku overclock nanti aku akan update dari segi prestasi.
sabar bukan semudah dikatakan
Sabar ialah satu perkara yang aku boleh klasifikasikan antara “soft skill” yang perlu dalam peribadi seseorang. menunggu sesuatu yang tidak pasti. apa yang aku boleh lakukan hanya mengharap, dan berdoa. dan berpura-pura tidak peduli. Apa mereka yang ditengah-tengah tidak faham tentang kesusahan kami di bawah ini. jangan siksa kami begini. Ah, tak guna aku cakap pun. Tiada siapa yang mendengar. Atau dengar tapi buat-buat tak dengar. Marah aku dah terpadam dengan marah yang berikutnya.
Aku pasti ada kebijaksanaan disebalik kelewatan ini. Siapa tahu. Kita hanya makhluk.
semalam itu
perasaan getir menyelubungi aku. semalam pada tepat masa ini, aku telah bersiap-siap untuk ke mesyuarat bagi membentangkan tentang gerak kerja tesis aku. peluh kelihatan nyata di setiap pelusuk muka aku. aku gegas ambil tuala dan lapkan kesemuanya. dan aku juga berpakaian kemas, untuk ke perjumpaan ini.
lega. lepas tamat sahaja pembentangan aku, aku lega. tenang. mengantuk datang. tengahari itu, Dr Amir belanja KFC kepada semua yang hadir. Aku tidak terkecuali, namun aku panjatkan kaki aku ke tingkat 3 untuk ketemu dengan dhiya. makan tengahari di kafe bersamanya adalah lebih menenangkan.
petang itu, aku tertidur walaupun janjiku pada rakan-rakan untuk bermain di padang. Ayah panggil balik ke rumah, menurutnya, dia memerlukan kereta. Aku pulang dan kini aku berada dirumah. Mungkin aku akan pulang ke UKM hari ini. Aku pasti.





