terubat
semalam hari jadi dhiya. anis, memang pro kalau bab nak bagi kejutan harijadi. apa lagi dia pun cadangkan kitorg berempat (aku,keng,huda,anis) pegi melaka naik kereta. Oh. sebelum tu, kitorang suruh qila siap-siap. jauh jugak perjalanan tu. aku menawarkan diri nak bawak kete, memandangkan budak-budak lain macam penat je. maklumla duduk kat makmal seharian.
bertolak petang, agak lewat. tapi tak terasa, sungguh. sebab kitorang banyak rancang plan untuk surprisekan dhiya. tambahan lagi kitorg semua naik kete volvo anis, selesa la. sebab dah penat sangat, keng tidur kat seat sebelah aku. aku mesej dhiya, tak ada balasan. risau jugak kalau nanti waktu kitorang sampai kat rumah dia tak ada. tak mengapa lah. mungkin dhiya sibuk dan tak ada masa nak usik telefon. sampai kat restoran jejantas aku syorkan berhenti solat asar kejap. senang nanti bile dah sampai melaka tak payah nak fikir tempat solat.
Lepas solat, dhiya mesej aku cakap tadi dia pegi ambil abangnya di sentral. lepas anis dan huda solat,terus laju aku pandu.berbalas mesej 2 3 kali, untuk pastikan dhiya akan duduk di rumah sekurang-kurangnya sehingga kitorang tiba. lepas tu, aku terus tumpukan perhatian kat jalan. hujan. sekejap ada sekejap tak. susah pergerakan kitorang kat melaka kalau hujan. aku tanya dhiya. dhiya cakap kat melaka hujan. lebat. aku doa, mintak-mintak sesampai sana nanti tak lebat.
Dah sampai melaka, tak hujan. masalah pulak. aku tersalah ambil simpang nak ke rumah qila. trafik pula tak mengizinkan aku untuk mencilok sana sini. bapak qila pun dengan baik hati menghantar qila ke tesco, jadinya, kitorang pun ‘gather’ kat sana. senang.
Masuk tesco, anis beli kek. Anis lagi, kenapa ha asyik kau yang bayar. Segan aku rasa. Aku pun dah terlambat nak belikan hadiah untuk dhiya. aku ambil keputusan untuk tidak membeli. aku teman keng pergi carik pembalut.
Krisis bateri. bateri aku habis. bateri keng habis. bateri anis nyawa ikan. sesampai kat rumah dhiya, aku kene pinjam telefon huda untuk ajak dhiya keluar. ternyata dhiya tak makan pujuk aku. uhu. “sayang. keluar jom, takkan nak biar i kat sini je. tak manis la.” dhiya pun keluar. tup tup kat belakang aku, anis pegang kek dengan lilin yang dah menyala, diiring dengan lagu harijadi oleh kami berempat. dhiya menjerit terkejut. seronok aku masa tu. puas sangat. aku seolah-olah dapat rasa kegembiraan dhiya.
sekejap kemudian, kitorang semua ke mahkota parade. makan-makan. balik ke rumah dhiya. makan lagi. solat jamak sekali. masa dhiya bukak hadiah, dan pada masa tu segala perasaan negatif menyelubungi diri aku. aku terdiam sepanjang sesi itu. terkunci. ketat. lidah kelu. banyak persoalan bermain di benak aku. tapi semua aku pendamkan sendiri. tak mengapalah. semua ini akan terjawab nanti. aku patut bersyukur dhiya tak marah.
Semua orang dah penat. termasuklah aku. aku gagahkan juga memandu sebab aku tahu, aku takkan mengantuk kalau memandu. sejam kemudian tibalah di tol bangi. Sejam. seronok memandu, tak perasan langsung speedometer berapa. tapi kalau aku ingat dulu, waktu bawak 125z pun kurang sejam. kelisa dulu. hui, memang kurang sejam, maklumla, 150-160. boleh tahan jugak aku ni. senyum sendiri.
Untuk Dhiya Hasyyati:-
Selamat hari lahir yang ke 21 sayang. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan segala urusan dipermudahkan. Ada lagi. Berdoalah semoga selepas ini, setiap hari lahirmu akan kita sambut bersama. I love u. As I will for years i will be with you.










ha. hepi besday untuk dhiya.
jarri
Disember 1, 2007 at 11:12 am
thanks dear!
thank u so much.. 4 evrythng=)
love u!
dhiya
Disember 3, 2007 at 1:11 am
btw..bout da bithday present u gave me..it wuz perfect=)
thanks again..
dhiya
Disember 3, 2007 at 1:18 am
yey..kak dhiya hepi beday
uihss..baban..kemain lagi lavar storiesu <– love stories.
wahahha
syah saliman
Disember 5, 2007 at 9:43 pm
bila mau update ni
jarri
Disember 14, 2007 at 10:29 pm