Autophagy

yang bermain di benakku

terima kasih

with 3 comments

aku tak pernah makan di restoran chillis. tapi, ain cakap aku penah makan waktu kecik. entahlah. aku macam tak percaya. dia kata mama bawak aku makan dulu. makan laksa kat chillis. betul ke? malam tadi, anis aida sambut hari lahirnya dengan sekali lagi membelanja kawan-kawannya makan malam. yang aku pelik tuh, takde menu laksa pun. aik. tak kesah lah. bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.

kali ni aku nak bercerita pasal anis yang satu masa dahulu aku kenal gitu-gitu sahaja. heh. satu masa dahulu. aku bawak ain dan adek pegi jalan-jalan kat alpha angle. aku terserempak dengan anis waktu tu. waktu tu, anis tak perasan pun aku. aku je tersedar, maklumlah memori aku tentang muka ni boleh tahan la jugak. Tak pernah lak terpikir aku boleh rapat dengan anis sampai camni. Mula rapat pun aku tak perasan bila, tapi aku ingat mula-mula aku nak pinjam dia punya headphone sennheiser dulu. takut. segan. campur tolak. sekali anis bagi. hehe. seronok bukan main aku. seronok gila. tapi itulah, dalam manis ada juga masamnya. anis pernah marah aku sebab aku gaduh dengan dhiya dulu. hehe. takpe, aku terima. sebab memang salah aku pun. terima kasih anis.

oh, semalam aku bersama-sama keng bagi hadiah harijadi kat anis. dia bukak, dan tengok mata dia bersinar-sinar. hah. aku tak mampu nak beli sendiri, jadi aku dengan keng kongsi duit la bagi hadiah. sebenarnya, aku tak pernah hidup dengan tradisi hadiah harijadi nih, mungkin silam aku tak pernah wujud. maklumlah keluarga aku bukan keluarga senang. tapi, aku berubah selepas dhiya tegur aku punya sikap yang melulu dan tak rasional itu. maka, aku pun berubah sedikit. maaflah, tak besar hadiah aku bagi, tapi cukuplah untuk menghiburkan hari lahir dia. kad harijadi pun aku ingat nak tulis panjang-panjang, sebab banyak gila aku belajar dari minah sorang nih. tapi cukuplah asalkan bermakna.

kelakar pun ada time aku tulis kad tuh. tatabahasa pun tak betul kot, bedal lah. sebab dah lama aku tak berbahasa inggeris. maaf la ye. Selamat hari jadi yang ke 21. Terima kasih jugak sebab belanja kitorang semua, dah berapa kali dah. Tunggu la, sem depan kitorang pulak yang nak belanja kau.

100_6920.jpg

100_6922.jpg

Written by syarat

November 22, 2007 pada 8:46 am

Dikirim dalam Blog

Tagged with

3 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. wa.. bes.
    aku mesej gen, ajak minum kat maple. diorang dah ondaway balik dari klcc.

    jarri

    November 22, 2007 at 9:03 pm

  2. thank you.
    i’m not good with words in malay as you are. but sometimes i love giving to my friends more than i ever will by getting anything from you guys. the friendship is enough. and i hope you know, i cherish it always.

    anis

    Januari 31, 2008 at 12:57 am

  3. anis. u are at most welcome.
    btw its not easy to write in malay. i love to write in english, as i always do. but, i find it challenging to discover the hardship ive been through when i wrote in malay. sometimes i reckon myself confronting words that i consider new to me, because most of us prefer to say it in english.

    Language is beautiful.

    syarat

    Januari 31, 2008 at 8:47 pm


Tinggalkan jawapan