Tips : Sambung dua monitor (bergambar)
Ingat Die Hard 4.0 yang mana komputer dalam cerita tu ada banyak monitor? Kebetulan aku ada monitor lebih sebab adik aku dah tak pakai, aku pun sambungkan kedua-dua sekali. Dan aku rasa macam bagus jugak kalau berkongsi tips ini, walaupun rasanya korang semua boleh cari tips ini dalam bahasa inggeris. Walaupun bahasa aku kali ni macam rojak, harap dapat membantu sesiapa yang teringin sangat nak pakai setting ni. Baca baki entri ini »
terkilan sedikit di Paroi.
pedulikan dahulu apa nak jadi dengan liga malaysia. Sekejap pro, semi-pro, amateur.
Persembahan di Paroi hujung minggu lalu mengukuhkan lagi pandangan aku terhadap Selangor yang kekurangan pemain berkebolehan. Baik senior mahupun yang muda. Perlu diingatkan Selangor bukanlah sebuah pasukan yang ada masalah kewangan, tetapi apa yang dipamerkan sebijik macam kelab yang tak ada duit nak menggaji pemain. Malah pasukan yang ada masalah kewangan pun boleh main lebih baik. Musim dah hampir ke penghujung, dengan berbaki 7 perlawanan kalau tak salah. Silap satu langkah, memang tak cium kejuaraan liga.
Untuk musim hadapan, seperti biasa kita tak boleh nak jangka apa format FAM nak ubah. Tapi apa yang pasti, skuad perlu ada lebih ramai pemain U21 yang boleh main 90 minit. C. Premnath tu ada masanya dia ok, tapi ada masa off jugak. Selangor sangat perlu carik pemain yang mantap. Kalau kita menang liga tahun ni, insya Allah tahun depan kita akan ke Liga Juara-Juara AFC. Dengan barisan pemain sekarang, aku tak yakin akan lepas peringkat kumpulan. Berikutan dengan nak cari pemain ni, betul-betul susah kat negara kita ni. Kenapa? Biar aku terangkan. Baca baki entri ini »
Harimau muda jelita
semalam merupakan pertama kali aku menyaksikan perlawanan di sebelah petang. Atas alasan apa aku pun tak berapa pasti, tapi desas desus menyatakan kita kena ikut sebab stesen televisyen dari seberang nak menayangkan siaran langsung. Belum pun sempat aku sampai ke stadium, aku terpaksa menempuh trafik yang sesak. Stadium Cheras bukanlah jauh sangat dengan rumah aku, tapi seperti biasa petang sabtu jalan sibuk, perjalanan ke stadium mengambil masa lebih sejam. Aku hanya dapat masuk kira-kira minit ke 40 perlawanan. Perlawanan semalam merupakan siri latihan pengayaan yang cuba diamalkan oleh K. Rajagobal bagi menaikkan moral pemain-pemain. Setelah 3 perlawanan di China dan semalam, rasanya semua 24 pemain sudah berjaya mendapat peluang beraksi. Kita memang bersedia nak menghadapi perlawanan petang kelmarin, tapi di pihak yang satu lagi nampak sangat mereka belum bersedia. Dalam kenyataan media mereka pun, mereka mengaku persiapan untuk perlawanan ini baru bermula 20 hari yang lalu.
Aksi pemain bawah 23 mendapat perhatian hangat oleh penyokong Malaysia. Permainan tak berapa meyakinkan pun. Kesilapan disini sana, kucar kacir dan lambat betul membuat keputusan. Mungkin skuad bawah 23 ini menjanjikan sesuatu kepada penyokong Malaysia, sebab mereka tak kalah teruk lagi. Sebab itulah kunjungan penyokong agak memberansangkan juga petang kelmarin. Rata-rata budak lepasan sekolah yang curi-curi bergambar dengan pemain sesudah perlawanan tamat. Yang ini pun aku tak pastilah samada diorang tu bergambar dengan pemain betul atau tak.
Liga Super di sebelah petang? Tak menariklah. Mungkin semalam cuaca agak mendung sikit jadi nampak okey jugak. Tapi bayangkan berapa banyak petang yang sangat terik di Malaysia. Panaslah kitorang kat tempat duduk penyokong. Sedangkan malam pun tak tahan panasnye, inikan pula petang. Jadual perlawanan hari Rabu tak boleh dilaksanakan. Orang kerja tak dapat la datang tonton perlawanan di sebelah petang. Masalah solat lagi. Surau stadium besar mana pun belum ada yang dapat menempatkan ribuan jemaah sekaligus.
Berbalik kepada perlawanan semalam. Siapa yang pergi tengok, perasan tak penjaga gol Indonesia tak boleh nak sepak jauh? Dia selalu mintak tolong pemain lain tolong buat sepak gol. Tengoklah bila orang hantar bola ke belakang, dia tak boleh nak clear bola tu jauh, sampai ke penyerang kita. Nasib malang betul kita tak tambah jaringan. Barangkali tak bersedia pun nak terima bola bodoh macam tu. Tak boleh salahkan striker tu. Hehehe. Dia kan dah cuba yang terbaik, pemain senior semua bercuti, dia penatla tak dapat cuti, kena masuk kem kebangsaan pulak.
Tak apalah. Sekadar persahabatan untuk persiapan ke Sukan SEA nanti. Kena beringat, kat sana nanti lagi ganas tempo, lagi ganas permainan lagi gempak taktik. Buat masa ni jom layan Piala Konfederasi.
format baru, bacalah.
mulai hari ini, blog aku akan berformat macam ini untuk entri-entri personal dan rambang. Yang lain-lain masih berbentuk perenggan.
aku yang tiada zon masa. nak tau kenapa? biasanya kalau orang kerja di Malaysia, kerja pagi sampai petang. balik rumah rehat dan terus tutup mata pada waktu malam. Ulang semula pada waktu pagi keesokannya. Ada juga yang duduk di Malaysia tapi mengamalkan masa bekerja luar negara. Ini biasanya kerja dengan syarikat-syarikat luar la. Aku ni dah la tak bekerja. Haha. Waktu pada aku hanyalah sekadar nombor. PM dan AM bukanlah sesuatu yang bermakna pada aku. Resmi orang mesti tidur malam, jangan tidur siang. Tapi aku siang berjaga, malam pun segar belaka. Aku hanya tidur bila rasa ada masa. Dahlah tu, tak lama pulak aku tidur. Bangun sahaja ada urusan.
Adek aku masuk matrikulasi johor pada tarikh yang sama dia dipanggil berkhidmat di PLKN. Ruginya, aku nak tengok adek aku didisplinkan.
Kawasan rumah aku dah mula dirundung jerebu. Memang sakit hati membayangkan kerosakan di muka bumi Allah ini. Aku pun tak paham. Yang bodoh tak disuluh, yang pandai buat bodoh. Yang pencemar dapat duit, yang mencegah pun dapat duit. Alam sekitar yang jadi mangsa.
Majlis konvokesyen aku tahun ini mungkin akan aku hadiri seorang diri. Tak mengapalah, bukannya dapat Phd. Dapat skrol dan terus pulang sahaja.
Deodoran mencegah perpeluhan. Perpeluhan penting dalam mekanisma menyejukkan badan. Jadi macammana kita nak bebaskan haba dari badan? Nak siram badan macam gajah, kita tak ada belalai, dan kita pun pakai baju! Tapi tak mengapalah, lebih baik panas badan daripada satu dunia orang tak pakai deodoran. Fuh..tak boleh bayang.
Cerita Lagenda Budak Setan difilemkan. Nak tengok, kalau dapat la. Awek tak suka tengok cerita jiwang. Aku pun tak boleh feeling tengok cerita jiwang kalau tengok dengan dia. Kena terpisah, rindu-rindu, baru boleh feel.
mencari tetikus yang baru
kehidupan sukar beberapa ketika dahulu selepas tetikus lama aku rosak. terpaksa pinjam2 dari mana2 membe yang tak pakai. kebetulan tadi aku singgah di Plaza Lowyat sebab Zul kawan serumah Napek nak beli RAM dan Cakera Keras. (Napek ko beli apa? “Belia” )…aku pun bazirkan masa sedikit mencari tetikus idaman aku. Tidaklah sampai nak berbelanja sesuka hati. Kalau dapat yang sama macam yang rosak tu pun aku dah cukup puas hati. Niat di hati.. Papan kekunci dan tetikus tanpa wayar, apakan daya.. jodoh tiada. Dan aku jumpa! Sama seperti yang rosak dulu. Aku pun tak tahu kenapa, aku rasa tak nak beli tetikus itu sebab soket USB. Agaknya sakit mental kot? Yang tak suka kepada perubahan tu. Lama juga aku membuang masa untuk dapatkan soket PS2. Murah seringgit walaupun bukan itu matlamat aku. Heh. Dah dapat tu, lekas2 lah aku pulang.
Laju. Dan tak de sangkut2. Satu fungsi tambahan yang membezakan tetikus baru aku dan yang lama. Skrol melintang. Dan aku tak cuba lagi dan rasa-rasanya tak akan memerlukannya. Maklumlah sejak pakai skrin lebar ni mana ada lagi tetingkap yang tak terbuka habis. Hmm. pelik, kenapa macam tak berfungsi. Tak apa lah. Nanti aku cuba pakai dekat komputer lain. Gembira sedikit, dan tekanan di tangan kanan rasa kurang. Kejap lagi aku nak cuba main FM2009 dan DOTA.
terima kasih buat zul sebab kau belanja aku makan nasi ayam dan teh o ais tadi. kau memang faham orang menganggur ni. Alamak, Napek sori la sebab aku tak perjelas lagi hutang duit pendaftaran tournament PES hari tu.
Nan Chang 81 FC 3 – 2 Malaysia U23
Malaysia U23 ada tiga perlawanan persahabatan dengan kelab dari Liga China. Satu dah berlalu.6 Jun menentang Shanghai Shenhua FC (Super League Club) di Kang Qiao Training Center dan pada 8 Jun menentang Shanghai Zhong Bang FC (A League Club) di Zhong Bang Training Center
Sampai sekarang, barulah merasa betapa pentingnya facebook dan twitter. Aku dapat keputusan ini pun dari kedua-dua laman sosial itu. Mata masih lagi sakit selepas membaca blog coach wan. Rupa-rupanya ada orang kita yang melatih bakat-bakat muda di perantauan. Syabas coach wan. Harap ada rezeki boleh balik ke Malaysia dan sumbangkan untuk pembangunan bolasepak kita juga.
Nak tunggu akhbar nasional, mungkin esok la kalau bernasib baik. Kalau tak pun lusa. Apapun, semangat juang pemain Malaysia ternyata menyerlah walaupun kalah 3 berbalas 2. Ketinggalan 3 gol sebelum separuh masa tamat, tapi berjaya merapatkan jurang dan hampir-hampir menyamakan kedudukan. Lagipun K Rajagobal tak tumpu sangat pada perlawanan hari ni, sebab skuad baru tiba. Tapi beliau menjanjikan sesuatu untuk baki 2 perlawanan berikutnya. Oh. terlupa. Penjaring dari skuad Malaysia ialah Zaquan Adha dan Farderin Kader.
pembukaan semula stadium kb. atas alasan apa?
kenapa mereka mintak perlawanan ulang dengan kl plus dapat. mintak rayuan hukuman disemak semula pun dapat. bukan diringankan. terus dibatalkan. apa tak cukup ganas ke? mata orang sampai buta. trak polis dibakar.
kami di bawah ini pun nak mintak jugak macam2.
selangor – cik pengurus kami kena hukum.. kami pun nak merayu jugak.
kedah – tak ada player import. boleh jugak berjuang dalam AFC. kami penat. 4 perlawanan dalam 10 hari. 1 di tempat sendiri. 3 bertandang tempat orang.
perak – masalah kewangan tahun lepas. sikit-sikit boleh langsaikan. pemain dan penyokong tetap bersatu walaupun prestasi terumbang-ambing.
mbjb fc – lambat bayar kebajikan pemain. kena bubar. rayuan mereka ke FAM tak dipandang pun.
FAM.. tegas tu dah cukup. tapi tolong la jangan mudah sangat berlembut lepas keputusan dah dibuat. sakit juga hati aku.
Selangor 3 – 1 Kedah
Sampai ke stadium agak lewat kerana secara sengajanya bermain Top Spin 3 di rumah Che Azhari. Ketagihan!
Mutu pengadilan. Agak sukar dipercayai hanya satu sahaja kad kuning yang dilayangkan sedangkan begitu banyak kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kedah mendahului pada minit terakhir separuh masa pertama dengan sepakan leret oleh Ahmad Fauzi Shaari. Separuh masa kedua, kapten pasukan berjaya menyamakan kedudukan. Aku tak tengok gol ni. Tengah mengelamun agaknya. Apapun aku tak lepas gol ke dua dan ketiga. Safee Sali adalah punca kepada gol kedua itu. Sepanjang beberapa minit sebelum terbitnya gol itu, memang jelaslah dia menggandakan usaha dia. Larian, gelecek, tapi bukanlah untuk hantar bola pada Rudie pun. Dia memang nakkan penyudah yang cantik, tapi kali ini dia tak jadik penyudah. Dia tolong sahaja. Pada aku nampak sangat dia memang nakkan gol itu, tapi sepakan dia tersasar dan nasib baik ada Rudie dekat tiang satu lagi. Selangor mendahului.
Satu lagi serangan balas oleh Selangor hampir berjaya disudahkan oleh Amri Yahyah dari jarak dekat. Entah pasal apa boleh tersasar pula. Gol taik tu. Mudah je kot. Mungkin R Surendran yang hantar terlebih kuat kot? Hehe. Gol terakhir malam itu dijaringkan oleh Amirul Hadi pada minit pertama dia masuk padang. Tak ada apa yang boleh dipuji daripada gol tu. Hardi Jaafar pun setuju dengan aku. Dia yang angkat sepakan sudut untuk gol tu. Dia rilek je jalan buat tak tahu pun. Perlawanan ini tamat dengan baiknya. Kekalahan Perlis meletakkan Selangor sebagai pendahulu liga super dengan kelebihan 2 mata.
Oh. perjumpaan yang dikatakan tu. Takjadi la. tak ada rezeki kot. Aku call syahid petang sebelum match tu, dia tak call aku balik pun nak confirmkan.. Lagipun penyokong Kedah dah mula kosongkan stadium pada minit ke 80 lagi..Ye lah siapa nak tengok liga Malaysia. Tengok BPL lagi best kan.
Manchester United, Internazionale, Barcelona
* Tajuk di atas *
Tiga Juara. Tiga Negara. Satu kecundang. Dua lagi berentap untuk menentukan kejuaraan mutlak di Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara.
* Ranieri dengan sahnya dipecat oleh Juventus *
kegagalan menamatkan dominasi oleh Inter Milan, kegagalan untuk menang dengan pasukan bawahan, kegagalan untuk membawa masuk pemain baru (tiago dan poulsen), kegagalan untuk memenangi hati peminat. Buat sementara waktu, Ciro Ferrara akan menggantikan tempat beliau. Mamat ni main pertahanan dalam sepuluh tahun kebelakang di Juventus. Dan kalau tak salah…Mamat ni jugak la yang sepak penalti tak masuk masa perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang AC Milan pada tahun 2002. Tak mengapa. Untuk baki dua perlawanan terakhir musim ini, Juventus mestilah sekurang-kurangnya dapat tempat ketiga. Kalau tak jauh sikit la perjalanan ke pentas Eropah.
* Perlawanan Epik Selangor v Kedah *
Liga Super! Walaupun liga-liga di Eropah menghampiri penghujungnya, namun liga bolasepak di Malaysia masih lagi berada di permulaan penggal kedua. Dan sabtu ini, satu perlawanan yang cukup genting. Kedah sudah berjaya mendapatkan rentak yang baik. Keyakinan pemain-pemain Kedah meningkat setelah beberapa langkah yang gagap pada awal musim. Selangor pula perlu menang untuk mengekalkan jarak dengan pendahulu liga. Beberapa perlawanan yang lepas menyaksikan Selangor semakin lemau. Harap-harap lawan Kedah ni ok baliklah.
Perlawanan ini juga penting pada aku sebab.. Syahid, member dari Saina dengar cerita dah rancang nak buat mini gath selepas habis Selangor v Kedah. Tak tau la berapa ramai yang datang.
bercuti di Pulau Perhentian
kulit aku menjadi gelap laksana orang kerja kontrak. pada aku gelap itu tidak mengapa, sebab selama aku belajar di Kedah dulu kulit aku memang dah hitam sangat. Tapi terik mentari hujung minggu lepas, tambah lagi aku tak nak sapu losyen muka. fuh, memang agak pelik jugak aku tengok muka sendiri kat cermin. hahaha.
seronok, memang seronok. pergi ni, baru lah aku belajar cara-cara nak snorkeling. selalu kalau nak tengok ikan-ikan cantik aku tengok kat kertas dinding komputer je, tapi kali aku tengok depan mata. karang-karang yang ada pun dapat jugak aku skodeng. mabuk laut? ada juga. cuma aku tak muntah. tapi penangan mabuk laut untuk budak bandar macam aku ni, fuh, dahsyat. kenangan yang macam tu, lagi seronok dicerita dengan mulut. ada aksi2 sekali.
gambar ni, aku tujukan kepada diri aku sendiri. sebab aku berjaya tahan kamera aku daripada bergegar. lama jugak, nak dapatkan exposure yang cukup. masa ni tengah tunggu makanan dekat warung ‘break first’.
yang pergi bersama aku. Che We, Che A dan Biden. Ada masa kami akan ke pulau lain pula. Insya Allah.










